Bahan-Bahan (4 atau 5 orang):

  • bawang besar
  • bawang putih
  • cili giling
  • ayam/sotong/daging
  • kicap manis
  • fish ball
  • sos cili
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • sawi,taugeh,tomato
  • telur

Cara Memasak:

  1. mula2 panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih yang telah digiling dan cili giling.
  2. masukkan sos cili,sos tiram,kicap pekat dan kicap manis.
  3. Masukkan ayam/daging/sotong.
  4. Masukkan sedikit air.
  5. Biarkan bahan2 tadi sehingga masak.
  6. Masukkan pula secubit gula.
  7. Masukkan mee serta sayur-sayuran.
  8. Kacau hingga sebati dan pecahkan telur.
  9. Jangan gaul sekali biar telur masak sedikit kemudian sedia untuk dihidangkan.

Omelet Enak

20 Oct 2010 In: Makanan Bayi/Baby Food

BAHAN-BAHAN (untuk 2 org):

  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar sayur campur
  • 1 batang sosej dihiris nipis
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK (15 minit)
1. Panaskan kuali leper di atas api yang sederhana. Setelah panas, masukkan minyak
masak. Biarkan sehingga minyak betul-betul panas. Sementara itu sediakan sosej yang dihiris nipis. Kemudian, sediakan sayur campur seperti kubis bunga, putik jagung dan brokoli. Hiris nipis nipis kesemua sayur tersebut.
2. Pecahkan telur di dalam bekas lain terlebih dahulu. Kemudian campurkan sosej yang sudah dihiris terlebih dahulu. Kemudian masukkan sayur campur dan secubit garam. Kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam kuali yang sudah panas dan biarkan sehingga bahagian bawahnya berwarna keemasan. Kecilkan sedikit api.
4. Kemudian, terbalikkan telur tadi dan biarkan selama kira-kira satu minit. Setelah kedua-duanya belahnya kekuningan, segera angkat dan masukkan ke dalam piring. Hal ini penting supaya telur anda tidak terlalu garing hingga menghilangkan khasiat di dalamnya.
5. Potong telur tadi mengikut ukuran yang anda ingini. Kemudian, susun bertingkat ke atas pinggan. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
6. Hidangkan dengan sos tomato atau pun mayonis. Anak anda pasti menggemari rasanya dan teksturnya yang pelbagai. Walau pun hidangan ini mudah disediakan namun, ia merupakan hidangan yang lengkap. Sertakan sekali secawan susu untuk si kecil.

Petikan dari Majalah Pa&Ma

Selain menggunakan telur biasa, anda boleh menggunakan telur omega. Telur ini bukan sahaja rendah dengan kolesterol malah mengandungi khasiat omega yang penting untuk perkembangan otak anak. Jika anda memilih memberikannya telur biasa, anda boleh gunakan telur putih sahaja. Jika anda menggunakan telur omega anda boleh memberikannya telur putih dan kuning.

Sandwic Biskut Ranggup

1 Oct 2010 In: Makanan Bayi/Baby Food

BAHAN-BAHAN :

14 keping cream crakers mini
70 gm serbuk roti
2 biji telur
Sedikit garam
100 gm ikan bilis yang sudah dibersihkan
3 biji bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
1 sudu besar pes cili
Sedikit air asam jawaMinyak secukupnya

CARA MEMASAK
1. Mula-mula anda perlulah menyediakan sambalnya. Jadi, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
2. Kemudian, masukkan pes cili dan air asam jawa. Kacau rata.
3. Selepas itu, masukkan pula ikan bilis dan biarkan mendidih.
4. Setelah sambal masak, matikan api dan biarkan sejuk.
5. Setelah sambal sejuk, ambil sedikit dan sapukan pada sekeping biskut dan tutup dengan sekeping lagi biskut (buat seperti sandwic. Ulangi cara ini sehingga biskut habis dan ketepikan.
6. Untuk proses seterusnya, anda perlu memukul telur bersama sedikit garam sehingga kembang. Ketepikan.
7. Kemudian, celupkan biskut ke dalam telur tersebut dan masukkan ke dalam serbuk roti.
8. Panaskan minyak dan goreng kepingan biskut yang sudah bersalut sehingga garing.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Petikan dari Majalah Pa&Ma

Biskut Ice Nestum

29 Sep 2010 In: Kuih Raya

BAHAN
250G MENTEGA
90G GULA HALUS
1 BIJI KUNING TELUR
80G TEPUNG JAGUNG
300G TEPUNG GANDUM
100G NESTUM (DIKISAR )
1 SUDU MAKAN VANILLA
PERISA COFFE UNTUK HIASAN

CARA MEMBUAT
PUKUL MENTEGA DAN GULA HINGGA KEMBANG, LEPAS ITU MASUKKAN KUNING TELUR, TEPUNG JAGUNG , TEPUNG GANDUM, NESTUM DAN VANILLA. GAUL RATA.

TOPPING (MERINGUE)
1 sudu makan meringue powder
6 sudu makan gula icing
¼ cawan air
1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMBUAT
PUKUL meringue powder dan air hingga kembang ,lepas itu  masukkan gula icing dan pukul hingga kembang , akhir sekali masukkan tepung jagung.

Petikan daripada http://dcd79andhobbies.blogspot.com

Rendang Ayam Sedap

19 Jul 2010 In: Ayam/Chicken, Resepi Raya/Syawal
Bahan A:
  1. 1 1/2 sudu makan cili kering yang dikisar
  2. 5 batang serai
  3. 2cm halia
  4. 2cm lengkuas
  5. 1/2 cawan kelapa parut putih
  6. 10 ulas bawang merah
Bahan B:
  1. 1/2 ekor ayam, dipotong kecil
  2. 1 sudu serbuk jintan
  3. 1 batang kayu manis
  4. 2 biji buah pelaga
  5. 1 biji santan kelapa
  6. 1 keping gula melaka
  7. 250ml air
Bahan C
  1. 1 helai daun kunyit, dihiris halus

Cara Memasak:

  • Mula-mula kisar halus semua Bahan A.
  • Masukkan Bahan A dan bahan B di dalam kuali.
  • Masak sehingga santan mendidih, kecilkan api.
  • Kacau sehingga kuah rendang hampir pekat, kemudian masukkan Bahan C.
  • Kacau sampai rata dan siap untuk dihidang bersama ketupat pulut, ketupat nasi atau nasi impit.

Mengenai AsapDapur.com

Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".


Sponsors

Please clicks! ty

Jom Join :)

Kounter : Bermula 6hb Okt 2009


Iklan : Silalah klik Ok!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

banner!

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG mas kahwin banner


Jom Pelajari Cara Membuat Taufufah Cendol Jagung dan jelly!

Rahsia Kuih Raya!

Cara Membuat Coklat Lazat!!

Churp2?? Jom sertai saya, wat tambah income!

churp

Slim dan Sihat! Jom usha dulu!

banner!

Kalendar

May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Anda dari mana?