Bahan-bahan 🍂:
2 pot beras
12 pot air
1 sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 batang serai (diketuk)
200g daging kisar
200ml santan
1 batang lobak merah saiz sederhana (potong dadu)
2 ketul kiub ayam/kiub ikan bilis
Serbuk lada hitam (secukup rasa)
Serbuk lada sulah (secukup rasa)
2 sudu kecil garam halus
Bahan hiasan 🍂:
Daup sup
Daun bawang
Bawang goreng
Cara-cara 🍲🍲:
1. Tekan “stir fry” dan masukkan minyak
2. Tumis bahan2 yg dihiris + serai + daging kisar + kuih pati ayam. Kacau sebati.
3. Bila dah garing, masukkan lobak merah + cendawan kering dan kacau lagi.
4. Masukkan beras + air + garam + serbuk lada hitam dan kacau sebati.
5. Off/cancel mode “stir fry” dan tutup periuk. Pusing tombol pada arah pressure.
6. Tekan HP/porridge 25 minit.
7. Bila dah habis masa, keluarkan wap dulu dan buka penutup periuk. Tekan Off/cancel dan on kan mode “stir fry” kemudian masukkan santan. Tambah air jika perlu.
8. Kacau sebati, masukkan serbuk lada sulah dan bahan2 hiasan, daup sup, daun bawang, bawang goreng. Kacau sebati, off “stir fry” dan bubur lambuk siap untuk dihidang. 😍