Koleksi resepi masakan Malaysia
Ramai yang mengemari ketupat daun palas. Tambahan semasa raya, enak di makan bersama rendang ayam, rendang tok , serunding atau rendang daging. Di sini, resepi membuat ketupat pulut daun palas;
Bahan-bahan:
Cara Membuat;
- Basuh beras pulut bersih-bersih dan tuskan.
- Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya.
- Setelah itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sedikit garam, kacau sampai mendidih.
- Masukkan pulut dan kacau sehingga sebati dan menjadi setengah masak.
- Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
- Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam sehingga menjadi bentuk tiga segi.
- Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam periuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus sehingga airnya kering.
- Jika hendak memasukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.
sumber: Mesra.Net
Anda boleh ikuti mana-mana respon ke entry melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh tinggalkan komen/pertanyaan, atau jejak daripada site anda sendiri.
Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".
Leave a reply