Sangat sedap tambahan lagi Ramadhan bakal tiba sedikit masa lagi.

Waktu memasak: 20 Minit
Saiz hidangan : 6 Orang
Petikan: rasa.karangkraf.com

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang
  • 10 biji cili kering
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 50 gm udang kering | dikisar
  • 1 biji bawang besar | dibelah empat
  • 200 ml santan pekat
  • 2 sudu besar cuka
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Jantung pisang dibelah empat, kemudian dicelur.
  2. Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Selepas itu masukkan santan dan air secukupnya.
  4. Masak sehingga mendidih dan masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  5. Kemudian masukkan jantung pisang dan bawang besar yang dibelah empat.
  6. Masak sehingga pekat dan angkat.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.