Biskut RangupBahan A

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1 camca kecil serbuk penaik
  • 1 cawan Nestum Original
  • 1/2 cawan serbuk Kacang Hazel
  • 150 gm mentega
  • 100 gm gula
  • 1 biji telur
  • 1 camca Esen Vanila
  • jem strawberi

Cara Penyediaan:
1. Ayak bahan A,masukan Nestum dan cencangan kacang hazel.Gaul rata dan ketepikan.
2. Putar mentega dan gula hingga sebati. Masukan telur dan esen vanila;gaul sebati.
3. Kaup balikkan campuran tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
4. Canai doh setebal 3 mm. Terap dengan acuan yang disukai.Letakkan
biskut di atas dulang pembakar yang telah dilenser,dan hiaskan dengan jem strawberi di tengah biskut.
5. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180C selama 10-15 minit atau hingga kekuningan.Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 20 minit sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.