Bahan-bahan:

  • 4 kg pulut (direndam semalaman)
  • 4 kg gula melaka
  • 2 kg gula pasir
  • 20 biji kelapa (diparut dan diambil patinya dan kemancarnya)
  • 25 helai daun pandan
  • Air secukupnya (memasak gula)

Cara Membuatnya:

Pulut direndam ditumbuk atau dimesin sehingga halus. Kemudian masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan sedikit air masak sehingga menjadi pekat. Kemudian ditapis ke dalam bekas bersih.

Masakkan santan pekat sehingga keluar minyak, diangkat dan dibiarkan sejuk. kemudian bancuh tepung pulut dengan santan kemancar. Kemudian masukkan ke dalam kuali dan diletakkan di atas api. Kacau sehingga pekat. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan dikacau lagi sehingga kental.

Selepas itu, tuangkan santan pekat yang dimasak dan dikacau lagi sehingga pekat. Sentiasa kacau adunan dan jangan biarkan melekat di kuali.  Kacau sehingga dodol masak, diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas.

Tip: Untuk memastikan samaada dodol telah masak, masukkan daun pisang ke dalam kuali. kemudian keluarkan semula. Dodol telah masak sekiranya tiada tiada dodol melekat padanya.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.