Bahan-bahan:

500gm kerang
1 helai daun salem
1 batang serai dititik
1 cawan pati santan
5 biji buah pala (dikisar halus)
1/2 inci halia (dikisar halus)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar halus)
1/2 inci lengkuas (dikisar halus)
10 biji cili merah (dikisar halus)
3 sudu makan cili boh ( Jika sekiranya hendak pedas)
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

  • Kerang direbus setengah masak dan dikeluarkan isinya.
  • Panaskan minyak secukupnya dan goreng kerang selama 5 minit. Diangkat dan diketepikan.
  • Tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus sehingga wangi.
  • Masukkan daun salem, serai, santan dan garam secukup rasa.
  • Masak sehingga kuahnya pekat dan masukkan kerang yang digoreng dan dimasak lagi sehingga masakan menjadi kering.

——– Petikan dari Buku Santapan Rohani dan Jasmani, Biro Wanita Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.