Resepi Pulut Kuning

Bahan bahan:

1 1/2 Kg pulut
Satu kotak kecil santan
10 helai daun pandan
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara cara :

Rendam pulut dahulu bersama dengan sedikit serbuk kunyit. Letakkan dua sudu sahaja dan direndam selama 3 hingga 4 jam.

Panaskan pengukus, dalam masa yang sama susunkan daun pandan di atas pengukus.

Kemudian masukkan pulut ke atas daun pandan. Kukus pulut sehingga ia menjadi sedikit lembut dalam jangka masa 30-45 minit atau hingga pulut masak.

Apabila pulut menjadi lembut, sila keluarkan pulut yang siap dikukus itu ke dalam bekas yang lain.

Kemudian gaulkan pulut itu dengan santan dan kukus semula dalam bekas pengukus macam tadi selama 8 hingga 10 minit lagi. Tujuan utama kukus kali kedua ni adalah supaya pulut tahan lama dan tak cepat basi. 

[ unclenublikumz ]