Bahan:

  • 1 cawan butter ( 226 gram) at room temp) bukan butter cair atau lembik.
  • 1 biji kuning telor.
  • 1 suduteh asen vanila.
  • 20 gram gula.
  • 40 gram tepung jagung,
  • 50 gram tepung kastard.
  • 20 gram susu tepung.(boleh tukar ke coffemate powder pun ok)
  • 240 gram tepung gandum.
  • 1 biji kuning telor + beberapa titik pewarna kuning telor untuk sapuan.

 

Cara-cara:

  1. Sebatikan telor, butter, gula dan asen vanilla. ( baya hanya guna spatula aja)
  2. Masukkan tepung satu pesatu, mula tepung jagung, tepung kastard dan susu tepung. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum. Gaul sebati.
  4. Lepas tu masukkan dalam acuan tart golung tekan keluar, letak jem dan gulong.
  5. Bakar 350F selama 17-19 minute.

Nota : Jika adunan nie masih melekit dekat tangan kena masuk skit skit tepung rasanya tak banyak dalam 10 gram aja. Jika adunan kering pula kena masukkan butter tak banyak, sikit aja jika kering pun. Adunan mesti dapat seperti gambar dibawah. Baya sentiasa tutup adunan nie dengan tuala atau tissue paper atau cling sepaya adunan nie tak kering. Cuba tekan dengan adunan jika ia keluar elok dan tak putus putus adunan tu elok, seeloknya dicuba terus . Tekan sekeping lepas tu letak jem try gulung kalau tak merekah maknanya adunan tu dah ok. Last sapukan kuning telor.

(Resipi.Net: Baya)

 

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.