Tartlet Epal

Bahan A:

  • 2 Epal hijau,kuib
  • 30 gm mentega
  • 20 gm gula kastor
  • 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis
  • 50 gm Kismis hitam

Bahan B:

  • 20gm tepung susu
  • 200gm tepung gandum
  • 1/2 camca teh serbuk penaik
  • 1/4 camca teh soda
  • 100gm Nestum Original
  • 125gm mentega
  • 80gm gula merah
  • 1 biji telur
  • 1/4 camca esen vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Masak bahan A selama 10 minit di atas api sederhana sehingga pekat. Ketepikan.
  2. Ayak bersama bahan B dan masukkan Nestum, ketepikan.
  3. Krim mentega dan gula merah hingga sebati. Masukkan telur dan esen vanilla.
  4. Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Canai doh dan gunakan acuan tartlet. Isikan dengan bahan A.
  6. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180’C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.
  7. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan selama 20 minit sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.