Waktu memasak : 20 minit
Saiz hidangan untuk : 6 orang

Cekur yang digunakan di dalam masakan ini membangkitkan aroma harum dan memberikan rasa sedikit pedas dan unik.

Petikan: Majalah Rasa

 

 

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji terung                    | dibelah dua
  • 10 biji cekur                   | ditumbuk halus
  • 250ml santan pekat
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN A:

  • 10 biji cili api
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 50gm ikan bilis
  • 5cm belacan

CARA MEMASAK:

  1. Terung yang dibelah dua tadi dibungkus dengan kertas aluminium (aluminium foil) dan dibakar selama 15 minit. Asingkan.
  2. Kemudian panaskan minyak dan goreng bahan A. Angkat dan toskan. Seterusnya kisar sehingga halus.
  3. Setelah itu, masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk bersama santan pekat yang diperah bersama air suam.
  4. Masukkan pula cekur halus, air asam jawa dan perasakan. Kacau rata dan sebatikan.
  5. Akhir sekali, tuangkan kuah di atas terung bakar yang telah disusun di dalam pinggan.
  6. Sedia untuk dinikmati.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.