BAHAN SALAD:

  • 120gm emping jagung
  • 50gm aprikot kering
  • 50gm kuaci kering
  • 50gm oat
  • 50gm sotong | dicelur
  • 50gm udang | dicelur
  • 200gm daun salad | dicarik-carik
  • 10 biji tomato ceri | dibelah dua
  • ¼ biji lada benggala kuning | dihiris nipis

BAHAN SOS DRESSING:

  • 150ml minyak jagung
  • 50ml cuka
  • 1 sudu teh herba campuran (mix herbs)
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan salad ke dalam mangkuk adunan dan digaul sebati. Asingkan.
  2. Untuk membuat bahan sos dressing pula, campurkan kesemua bahan dan dikacau rata.
  3. Kemudian sudukan sos pada salad bijirin tadi dan digaul sebati.
  4. Akhir sekali, masukkan ke dalam mangkuk berlainan dan sedia untuk dihidangkan.

Petikan dari  Editorial RASA.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.