Assalamualaikum. Rasa teringin pula nak masak Telur Bistik ini, tengok gambar sungguh mengiurkan. Jadi hari ini Chef Sid nak share Resipi Telur Bistik. Resipi ini Chef Sid ambil dari blog Pokok2u. So, siapa yang berminat dan ingin cuba Telur Bistik ini, boleh sediakan bahan-bahan untuk memasaknya dulu.

Gambar dari Google

2 atau 3 biji telur bergantung kepada chef yang nak masak.
Isi ayam/daging/sosej di potong dadu
1 ulas bawang besar (dihiris)
2 @ 3 ulas bawang putih (dihiris)
2 biji cili padi (potong kecil) -Jika suka pedas boleh tambah
3/4 batang lobak merah (nak letak Frozen mixed vegetables pun boleh)
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Sedikit lada benggala potong dadu(Jika tak ada tak apa)
Sedikit minyak untuk menggoreng
Gula dan Garam untuk rasa.

Apabila sudah sedia bahan-bahan di atas itu, kita mulakan proses memasaknya pula.

1. Mula-mula pecahkan telur dan kacau telur sehingga berbuih/cair.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng telur tadi. Bila dah masak angkat letak dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
3. Selepas itu, panaskan sedikit minyak, masukan bawang besar, bawang putih dan bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
4. Masukkan lobak merah/Frozen mixed vegetables, cili padi, lada benggala dan ayam/daging/sosej. Tunggu sehingga masak.
5. Setelah itu perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
6. Bila dah siap masak bolehlah dicurahkan ke atas telur tadi.
7. Tadaa… Dah siap dan bolehlah di makan panas-panas bersama hidangan lain atau dengan nasi putih sahaja. Mesti rasa macam kat hotel 5 bintang.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.