Bahan-Bahan:

  • 2 biji telur (didadar)
  • 50gm isi ayam – dipotong
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 1 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 sudu makan cili boh
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • Sedikit sayuran campur
  • Sedikit tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
  • Sedikit minyak dan air
  • Sedikit gula dan garam secukup rasa

Telur Bungkus

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan hirisan sehingga garing dan naik wangi.
  2. Masukkan air, sedikit sayur-sayuran, cili boh, sos cili, sos tomato dan isi ayam.
  3. Didihkan sebentar. Masukkan garam, gula secukup rasa dan campurkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung sehingga pekat.
  4. Masukkan inti tadi ke atas telur dadar dan bungkus.

(Keluarga & Sri Dewi, Feb 2009)

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.