Koleksi resepi masakan Malaysia
Waktu memasak: 10 Minit
Saiz hidangan : 3 Orang
Tahap : Mudah
BAHAN-BAHAN:
5 ekor udang sederhana
besar | dibersihkan
300gm tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
1 biji telur
Serbuk kunyit secukupnya
1/8 sudu teh kapur makan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, tepung ubi dan telur di dalam mangkuk adunan dan sebatikan.
2. Di dalam mangkuk berasingan, satukan serbuk kunyit dan kapur makan. Kacau rata dan masukkan ke dalam bancuhan tepung tadi.
3. Seterusnya masukkan garam secukup rasa dan air sedikit demi sedikit. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat ataupun cair.
4. Setelah itu panaskan minyak dan celupkan udang ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan.
5. Angkat dan toskan.
6. Sedia untuk dinikmati.
Anda boleh ikuti mana-mana respon ke entry melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh tinggalkan komen/pertanyaan, atau jejak daripada site anda sendiri.
Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".
Leave a reply