Ayam kukus kicap ringkas je harini. Pedas skit, halia, lada hitam, cili padi. Pastu limau kasturi hiris² halus. Masam, masin, manis. Makan dengan nasi air, telur dadar ngam sangat ni 😁

Ringkas je cara sy. Kuantiti bahan ikut sesuai selera ye

1. Ayam bahagian peha penuh, cuci bersih, sy buang tulang dan toskan

2. Hiris halia & bawang putih. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, tumis bawang putih & halia sampai naik bau. Sy tumis smpai dia brown. Angkat & ketepikan.

3. Masukkan ayam dalam minyak, biar dalam 1-2 minit, kemudian terbalikkan ayam biar masak sisi satu lagi tu juga dalam 1-2 minit. Api besar hati², letak penutup sbb nnt ayam meletup². Jgn lama nanti hangus.

NOTA : nak terus kukus boleh, tp sy lebih suka aroma tumis tu.

4. Sediakan mangkuk, masukkan garam, kicap manis, sos tiram kalau suka, minyak bijan, lada hitam, chicken seasoning, kacau sebati & perap ayam sekurangnya 30min. Nak letak kicap masin skit pun boleh. Sesuai selera ye.

5. Panaskan air kukusan, kukus ayam sehingga masak.

6. Dah masak, angkat & hiris ayam menjadi kepingan, tuang kicap manis skit di atas nya. Hiris cili padi & buah limau kasturi kemudian tabur atas ayam.

About The Author

Related Posts