BAHAN-BAHAN :
* 6-7 biji kentang – dipotong dadu
* Isi ayam – dikisar
* Serbuk lada sulah/ beli online
* Garam
* Lada merah –dihiris
* Bawang merah – dihiris
* Daun sup – dihiris
* 3 biji telor
* Bawang goreng/ beli online
CARA MEMBUATNYA :
1. Goreng kentang yang dah dipotong dadu, kemudian lenyekkan dalam mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam, hirisan daun sup, lada merah, bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng. Gaul rata semua bahan.
3. Kemudian gentel bulat2 macam meatball.
4. Simpan sebentar dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk (1/2jam) seblom digoreng.
5. Lepas itu, pukul 2 biji telur dalam mangkuk, panaskan minyak, celupkan bergedil tadi dan boleh mula menggoreng. Siap untuk dihidangkan bersama soto, lada kicap atau dimakan begitu saja.
Kredit : Har Ryea @Resepi panas
SELAMAT MENCUBA !!