BAHAN-BAHAN
2 keping ikan merah
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
10gm kunyit
10-15 biji lada hitam
BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
1) Masukkan kesemua bahan kecuali ikan ke dalam periuk.
2) Didihkan di atas api perlahan.
3) Masukkan ikan dan didihkan lagi hingga masak.
Info:
Lebih banyak halia dan bawang putih,lagi bagus untuk pembuangan angin. Kurangkan lada hitam sekiranya menyusukan bayi.
(Resepi Masakan 2020)