Resepi Ikan Kerapu Kukus Chinese Style Versi Abg Remy
Bahan-bahan kukus ikan
-1 ekor Kerapu Dara dimandikan
-1 ketul halia muda, dihiris nipis
– serai sebatang kara
-lada putih
-garam
£-ratakan pada ikan lepas tu kukus

Bahan bahan sos
-sos tiram 3 sudu makan
-kicap manis/masin 2 sudu makan
-minyak bijan 1 sudu makan
-minyak bawang putih cincang (ampa tgk kat tesco ada)
-letak air sikit kacau siap2

Bahan bahan tabur diatas ikan
-cili padi & cili merah dicincang
-daun bawang/daun ketumbar/daun sup potong halus

Bahan last
-minyak masak dlm 5 sudu besar panaskan
-Saya guna minyak bunga matahari, ikut ja ampa nak guna minyak apa pon takpa

kaedah masak
-ikan yg siap dikukus dgn bahan first tadi tue.
-tuang sos tue lepas angkat ikan dari dapur
-tabur semua bahan yg dipotong tadi
-last sekali panaskan minyak tuang atas ikan pelan2..
– settle
#Beardmanjournals

About The Author

Related Posts