Kuih lejen dangai. Ada periuk noxxa, apa lagi kan hehe. Bahan pun mudah ja.
Bahan²:
✅ 2 cawan kelapa parut
✅ 1 cawan tepung pulut
✅ 1/2 cawan gula
✅ Sedikit garam
- Gaul semua bahan. Dah sebati, masukkan dalam inner. Inner tu oles sikit dengan minyak atau lagi senang, lapik dengan kertas parchment.
- Dah masuk dalam inner, tekan dan padatkan.
- Tekan butang steam, steamkan 20 minit, Tombol halakan arah steam, abaikan bunyi bib bib tu.
- Dah siap, biar sekejap.
- Terbalikkan dangai dan steamkan 5 minit lagi yang atas tadi. Nak garing lebih sikit boleh tambah 7 minit.
Siap! Senang kan? 🥰