Jom coba..
Kuih Seri muka Pandan
Lapisan Bawah:
150 gram beras pulut – rendam 1-2 jam
¾ cawan santan segar pekat
¼ sudu kecil garam
Satukan kesemua bahan dan masukkan ke dalam loyang. Kukus pulut selama 30 minit guna noxxa steamer
Kemudian ditekan tekankan dengan tangan berlapik plastik/sudu sehingga sedikit padat. Nota: saya masukkan 120gram bekas 4 segi 250sq
1 cawan santan segar pekat
¼ cawan air daun pandan – kisar 3 helai
½ cawan gula pasir
1 biji telur – saiz B
¼ cawan tepung gandum
¼ sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau Epal
Kisar daun pandan dengan ¼ cawan air. Masukkan air daun pandan ke dalam 1 cawan santan pekat. Titiskan sedikit pewarna hijau.
Telur dan gula dipukul seketika agak agak gula hancur sedikit. Tak perlu hancur betul betul pun. Masukkan separuh dari tepung gandum. Kacau dan masukkan ½ cawan santan. kacau lagi.
Masukkan tepung dan diikuti dengan baki santan. Kacau rata. Masukkan air daun pandan dan kacau. Tapis. Nota: Jangan terlebih pukul untuk menghasilkan permukaan kuih yang rata.
Masakkan atas dapur sambil dikacau sekadar keluar wap. Angkat dan tuang ke dalam bekas yang telah dmasukkan pulut dan dipadatkan td.
yang bestnya steamer ni tak payah dah nak tutup dgn kain lagi 😍