Kali ini asapdapur memaparkan resepi-resepi coklat Ganache. Tidak dinafikan ramai diluar sana yang meminati coklat terutama kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.

Coklat memberi rasa yang lazat disamping berkhasiat untuk menceriakan keadaan atau perasaan.

Resepi kali ini diambil dari gurucoklat. Ebook terbaik untuk resepi2 cara membuat coklat.

Bahan-Bahan:

A. 12 oz coklat dipotong kecil-kecil
B. Heavy cream 1 cawan

Cara Membuatnya:

1. Masukkan potongan kecil coklat ke dalam bekas/mangkuk.

2. Heavy cream dipanaskan pada suhu api sederhana sehingga sedikit menggelegak.

3. kemudian, masukkan heavy cream ini kedalam mangkuk/bekas yang mengandungi coklat tadi.

4. Kacau campuran tadi sehingga rata iaitu seluruh coklat menjadi cair.

Ganache sebagai penyadur atas kek

– Sejukkan ganache sebelum dituang ke atas kek. Semakin lama ganache dibiarkan sejuk, semakin liat ganache tersebut

Ganache sebagai piping atau frosting

– Biarkan ganache betul-betul seuk sebelum piping dilakukan. Ambil ganache dengan menggunakan sudu. Jika struktur ganache tersebut tidak berubah, proses piping sudah boleh dilakukan.

🙂

About The Author

Related Posts