Resepi Bihun Goreng Udang

Bahan bahan:

1 bungkus bihun
( direndam hingga lembut & tos)
Udang
Sawi
1 biji bawang besar dihiris
2 biji lada merah dihiris
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap lemak manis Jalen
Garam, gula dan serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara cara :

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar sehingga naik bau.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata sehingga naik bau. Masukkan pula cili kisar dan kacau rata. Masak sehingga cili benar benar masak dan garing.

Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap, gula dan garam secukupnya. Masak sehingga sambal naik minyak. Kemudian masukkan udang dan kacau rata seketika sahaja kerana tidak mahu udang terlalu masak.

Kemudian masukkan bihun. Kacau rata sehingga bihun lembut. Boleh tambahkn sedikit air jika perlu kalau bihun kurang lembut tp kena hati hati sbb kalau terlebih air lembik pula bihun nanti.

Akhir sekali, masukkan pula sayur sawi dan hirisan lada merah. Gaul. Siap!

[ unclenublikumz ]