Bahan A

  • Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 5 keping asam gelugor
  • 2 inci halia, ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
  • Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
  • Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)

Bahan B

  • Santan pekat dari satu biji kelapa
  • 3 keping asam gelugor
  • 5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 1 inci halia, ditumbuk
  • Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
  • Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
  • 1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
  • 2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil “manisan”)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan sahaja dan ketepikan.
  2. Pijarkan minyak di dalam periuk
  3. Tumiskan bawang, bawang putih dan halia, sehingga naik bau
  4. Masukkan rempah kari dan cili boh (jika guna) dan goreng sehingga keluar minyak
  5. Masukkan santan cair yang telah dicampur dengan asam jawa dan ikan (ketepikan sekeping untuk sambal kelapa). Biarkan mendidih
  6. Masukkan santan pekat dan asam gelugor
  7. Bila mendidih masukkan gula merah
  8. Masukkan garam dan sesuaikan rasanya (kalau sudah masam, keluarkan asam gelugor)
  9. Biarkan renih selama 15 minit sebelum dihidangkan bersama nasi dagang.

About The Author

Related Posts