Bahan-bahan:
500gm kerang
1 helai daun salem
1 batang serai dititik
1 cawan pati santan
5 biji buah pala (dikisar halus)
1/2 inci halia (dikisar halus)
1/2 inci kunyit hidup (dikisar halus)
1/2 inci lengkuas (dikisar halus)
10 biji cili merah (dikisar halus)
3 sudu makan cili boh ( Jika sekiranya hendak pedas)
Minyak untuk mengoreng
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya:
- Kerang direbus setengah masak dan dikeluarkan isinya.
- Panaskan minyak secukupnya dan goreng kerang selama 5 minit. Diangkat dan diketepikan.
- Tumiskan bahan-bahan yang dikisar halus sehingga wangi.
- Masukkan daun salem, serai, santan dan garam secukup rasa.
- Masak sehingga kuahnya pekat dan masukkan kerang yang digoreng dan dimasak lagi sehingga masakan menjadi kering.
——– Petikan dari Buku Santapan Rohani dan Jasmani, Biro Wanita Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam.