Selalunya apabila kita menggunakan kuali baru, makanan akan melekat terutamanya sewaktu kita menggoreng.
Apabila melekat amat sukar untuk dibersihkan.
Cara untuk membersihkannya ialah anda masukkan air ke dalam kuali tersebut dan campurkan dengan sedikit cuka. Masak dengan menggunakan api perlahan sehingga air mendidih.
Biarkan sejuk dan kemudian basuh kuali seperti biasa. Selepas itu, anda boleh menggunakan kuali seperti biasa dan makanan yang dimasak tidak akan mudah melekat pada kuali baru itu.