Bahan-bahan:

  • 600 gm daging batang pinang – dihiris nipis
  • 80 gm lada hitam }
  • 40 gm lada sulah }
  • 40 gm jintan manis } dikisar
  • 40 gm jintan putih }
  • 2 batang serai }
  • 120 gm bawang kecil – dihiris
  • 80 gm bawang putih – dihiris
  • 60 gm halia – dihiris
  • 20 gm kulit kayu manis
  • 20 gm bunga cengkih
  • 10 gm bunga lawang
  • 10 gm buah pelaga
  • 120 gm air asam jawa
  • 200 gm bawang merah – dimayang
  • 100 gm cili merah & hijau
  • 250 gm minyak sapi


Cara-cara membuat:

l. Goreng daging hingga garing. Angkat dan toskan seketika.
2. Tumis bahan hiris hingga naik bau. Masukkan bahan yang dikisar dan pelbagai rempah ratus, kacau seketika. Tambahkan air dan biar mendidih.
3. Masukkan daging dan kacau sebati. Masukkan air asam jawa dan sedikit gula. Kacau dan masukkan cili dan bawang.

Petikan dari http://www.karangkraf.com, Oktober 2009