BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak
BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
30gm halia
2 biji bawang besar
CARA PENYEDIAAN
1) Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
2) Perap selama 15 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.
5) Masukkan sos lada hitam,rempah ikan dan garam.
6) Kacau sekata dan curahkan ke atas ikan.
Info:
Ibu-ibu yang berpantang digalakkan makan nasi ketika panas dan minuman yang sesuai iaitu air akar kayu. Tidak digalakkan minum air terlalu banyak
(resepi Masakan 2020)