Waktu memasak: 45 Minit
Saiz hidangan : 4 orang
- 250gm tepung gandum | diayak
- 150gm mentega beku | dipotong dadu
- 70ml air
- Secubit garam
BAHAN INTI: (A)
- 300gm daging kisar 60ml air
- 1 sudu makan tepung jagung
- 2 helai daun salem
- 1 sudu teh garam
- ¼ sudu teh serbuk lada hitam
BAHAN INTI: (B)
- 100gm kentang | dikupas kulit dan dipotong dadu
- 150gm sayur campur sejuk beku
- 60gm cendawan butang | dipotong
- 50ml minyak sayuran
- 1 biji bawang merah | dimayang halus
- 1 labu bawang besar | dimayang halus
- 1 biji kuning telur | disapu atas pai
CARA MEMASAK:
- Pastri: Masukkan tepung dan garam di dalam sebuah mangkuk. Tambahkan garam dan kacau rata.
- Selepas itu, masukkan mentega dan gaul sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan air ke dalam adunan tepung tadi. Adun sehingga menjadi doh.
- Balutkan doh dengan plastik dan rehatkan selama 30 minit di dalam peti sejuk. Ketepikan.
- Inti: Campurkan daging kisar, tepung jagung, daun salam, garam, lada hitam dan air di dalam sebuah mangkuk dan gaul sebati.
- Sementara itu, rebus kentang dan sayur campur di dalam periuk. Masak sehingga separa empuk. Angkat dan tapis airnya. Ketepikan.
- Kemudian panaskan minyak sayuran di dalam kuali, masukkan bawang merah dan bawang besar. Kacau sehingga wangi.
- Selepas itu, masukkan adunan daging tadi. Kacau sehingga daging bertukar warna.
- Kemudian, masukkan kentang dan sayur campur yang telah direbus. Gaul rata.
- Untuk membuat pai, keluarkan doh pastri tadi dari peti sejuk selepas 30 minit. Kemudian, canai sehingga nipis. Potongkan bentuk bulat dan letakkan di dalam acuan pai.
- Isikan pai dengan inti daging yang telah dimasak tadi. Kemudian, canai lagi lebihan doh yang dipotong untuk membuat penutup pai.
- Potongkan bentuk bulat mengikut saiz acuan pai. Letakkan penutup di atas pai.
- Kelim di bahagian tepinya dengan menggunakan garpu.
- Sapukan kuning telur di bahagian atas pai. Potongkan sedikit penutup pai di bahagian tengahnya untuk elakkan pai pecah.
- Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 180°C selama 5 minit. Setelah itu, masukkan pai ke dalam ketuhar dan masakkan selama 30 hingga 35 minit atau sehingga warnanya sedikit.
- Setelah masak, keluarkan pai dari ketuhar dan biarkan sejuk selama 15 minit. Kemudian barulah keluarkan pai dari acuan dan hidangkan. Sedia dinikmati.
Petikan: karangkraf, RASA