Waktu memasak : 30 minit
Saiz hidangan untuk : 2 orang
Petikan: Rasa Karangkraf
BAHAN-BAHAN:
- 100gm daging | dipotong dadu besar
- 20gm lobak merah | dipotong jejari
- ½ biji lada Benggala | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dimayang halus
- ¼ biji bawang Holland | dimayang halus
- 10gm kacang pis
- 2 sudu makan serbuk stok perang
- 1 sudu makan tepung jagung
- 350ml air
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bawang Holland dan bawang putih di dalam periuk sehingga wangi.
- Kemudian, masukkan daging yang telah di dadu dan kacau sebentar.
- Sementara itu, bancuh serbuk stok perang dengan sedikit air supaya ia tidak berketul dalam stew. Kemudian, bancuh pula tepung jagung dengan sedikit air.
- Selepas itu, masukkan bancuhan stok perang ke dalam periuk dan kacau sebentar.
- Masukkan air dan kacau. Biar hingga mendidih. Kemudian, masukkan lobak merah dan lada Benggala.
- Selepas tiga minit, masukkan kacang pis dan biar mendidih selama seminit.
- Tuangkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga ia pekat sedikit.
- Perasakan dengan garam jika perlu. Angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.