Dari kecil saya suka makan Tepung Bungkus. Tambahan lagi masakan kuih ini di lakukan oleh nenek saya. Masa sekolah, saya rajin menolongnya membungkus kuih Tepung Bungkus ini untuk di jual di gerai-gerai makan berdekatan. Rindu saat itu.

Resepi Tepung Bungkus:

resepi-tepung-bungkusBAHAN-BAHAN:

240 gm tepung beras
4 sudu makan tepung pulut
½ biji kelapa parut putih
1 ketul gula melaka
500 ml santan
Daun pisang secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat intinya, masukkan kelapa parut ke dalam periuk bersama gula Melaka. Kacau dan masak di atas api perlahan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
2. Masukkan tepung beras ke dalam periuk yang lain. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak.
3. Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan dua biji inti. Tutup dengan dua sudu lagi tepung.
4. Lipat daun pisang dengan kemas. Kukus sehingga masak.
– petikan rasa.my

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.