Koleksi resepi masakan Malaysia
BAHAN-BAHAN :
125 gm pasta (direbus dan diketepikan)
Mentega secukupnya
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dicincang halus)
200 gm isi ayam (dipotong kecil)
100 gm krim
cawan susu segar
30 gm cendawan butang (dihiris nipis)
Garam secukupnya
CARA MEMASAK
1. Rebus pasta sehingga lembut. Tapis dan ketepikan sementara anda menyediakan sosayam chunky.
2. Basuh isi ayam tanpa tulang. Kemudian potong kecil-kecil. Atau anda oleh beli isi ayam hancur yang terdapat di pasaraya. Di samping itu, bawang putih dan bawang besar hendaklah dikupas dan dibersihkan sebelum dicincang halus. Gunakan pisau pemotong daging untuk memudahkan kerja-kerja mencincang.
3. Panaskan kuali dengan api sederhana. Cairkan mentega dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
4. Masukkan isi ayam dan kacau hingga sebati. Pastikan isi ayam masak (jika ia masih merah bererti ayam itu belum masak).
5. Sewaktu menanti ayam masak, anda bolehlah menyediakan cendawan butang. Hiris cendawan itu nipis-nipis.
6. Setelah isi ayam empuk, masukkan susu segar, krim dan cendawan butang secara bergilir-gilir. Kacau rata. Pastikan api tidak terlalu besar.
7. Masak sehingga pekat. Kemudian, barulah dimasukkan garam secukup rasa. Garam tidak boleh dimasukkan terlalu awal kerana sos mungkin akan termasin setelah ia semakin pekat.
8. Hidangkan bersama pasta. Anda boleh menaburkan sedikit keju parut atau serbuk jika mahu. Hiaskan dengan daun pudina.
Anda boleh ikuti mana-mana respon ke entry melalui RSS 2.0 feed. Anda boleh tinggalkan komen/pertanyaan, atau jejak daripada site anda sendiri.
Satu platform untuk berkongsi resepi masakan dan minuman. Tidak kira masakan kampung atau bandar, tempatan atau luar negara. Semoga blog ini dapat membantu para pembaca mengenali pelbagai resepi baru dan lama, dengan mencubanya sendiri. " Memikat suami adalah dengan masakan air tangan seorang isteri".
mummy iris
November 22nd, 2011 at 4:10 pm
nk tanya, susu segar tu letak berapa cawan ye. lg 1 krim tu jenis yg macam mana. saya budak baru belajar masak. hehehe.
Chef Cid
November 22nd, 2011 at 8:47 pm
secawan susu
krim biasanya utk ais krim tuh.. yg dh siap pun ada dijual.
mummy iris
November 24th, 2011 at 4:23 pm
kalau guna cooking cream boleh ke?
Chef Cid
December 7th, 2011 at 3:46 pm
boleh