BAHAN-BAHAN :

Bahan A
500 gm daging (dicincang)
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji bawang merah (dipotong dadu)
1 tin kecil pes tomato
½ sudu teh gula
1 sudu teh herba campuran
Minyak masak secukupnya

Bahan B
6 biji kentang (direbus)
½ cawan susu cair
½ sudu teh lada sulah

CARA MEMASAK
1. Pertama sekali, ambil kuali dan panaskan di atas api sederhana. Setelah kuali panas, masukkan pula minyak. Tunggu sebentar sehingga minyak panas. Selepas minyak panas, masukkan pula bawang putih yang sudah dicincang dan bawang merah yang sudah dipotong dadu tadi.
2. Tumis bawang-bawang tersebut hingga layu ataupun naik bau. Kemudian, masukkan daging cincang dan kacau lagi. Biarkan sebentar campuran daging dan bawang tadi sehingga daging benar-benar masak. Sekali sekala, kacau perlahan-lahan untuk mengelakkan masakan berkerak.
3. Kemudian, anda perlu masukkan pula pes tomato dan herba campuran. Kacau rata kesemuanya dan biarkan sebentar. Setelah kesemuanya masak, matikan api dan ketepikan.
4. Ambil ubi kentang yang sudah direbus dan masukkannya ke dalam mangkuk. Lecek kentang tersebut sehingga hancur. Setelah kentang hancur, masukkan susu cair dan lada sulah. Masukkan bahan-bahan tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata adunan tersebut. Ketepikan.
5. Ambil beberapa bekas atau mangkuk yang boleh anda gunakan untuk membakar.
6. Masukkan daging cincang yang telah siap dimasak ke dalamnya. Kemudian, tuangkan kentang putar ke dalam mangkuk yang berisi daging tadi dan ratakan.
7. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit hingga kentang menjadi kekuningan. Jika suka boleh juga ditaburkan keju ke atasnya.

Sumber: Majalah Pa&Ma

About The Author

Related Posts

2 Responses

    • Chef Cid

      Herba campuran byk dijual di pasaraya2 ada, ini rempah ratus kalau nak sedap 🙂

      klu nak guna serbuk lada hitam pun boleh, utk elak kembung perut anak.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.