Bahan-bahan
1/2 kg daging (dihiris nipis)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia dan sedikit lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
kicap manis sesedap rasa
sedikit garam
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato

Cara-cara
Tumbuk lada hitam hingga hancur, barulah tumbuk halia, bawang putih dan bawang besar hingga lumat. Kemudian gaulkan bahan tumbuk tadi dengan daging yang telah dihiris nipis. Masukkan sos tiram, sos tomato, cili, kicap pekat, kicap manis, kunyit dan garam. Gaul rata dan perap dahulu daging tersebut selama 2 jam sebelum di masak, makin lama perap makin sedap ya.
Panaskan minyak dan goreng daging hingga empuk, tambahkan sedikit air. Setelah masak, boleh dihias dengan hirisan daun bawang, lada, daun sup, dan hirisan bawang.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.