Doh Putih:

  • 100g Tepung gandum
  • 25g Tepung beras
  • 1/2 camca teh Serbuk penaik
  • 50g Nestum original
  • 100g Mentega
  • 50g Gula kastor
  • 1/2 camca teh Esen vanila

Doh Coklat:

  • 75g Tepung gandum
  • 25g Tepung beras
  • 2 camca besar Serbuk koko
  • 1/2 camca teh Serbuk penaik
  • 50g Nestum original
  • 100g Mentega
  • 50g Gula kastor
  • 1/2  camca teh esen vanila

Cara Menyediakan:

  1. Ayakkan bersama tepung gandum, tepung beras dan serbuk penaik, masukkan Nestum dan ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula sehingga sebati. Campurkan esen vanila.
  3. Kaup balikkan campuran tepung dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ulangi langkah diatas untuk doh coklat.
  5. Canai doh putih setebal 1cm hingga semua doh digunakan. Ulang langkah ini untuk doh coklat.
  6. Susun doh yang dicanai berselang-seli dalam susunan 3×3. Potong setebal 1cm dan letak di atas dulang pembakar yang telah dilenser.
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180ç selama 10 – 15 minit atau hingga kekuningan. Keluarkan dari ketuhar dan dibiarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

(Sri Dewi & Keluarga, Ogos 09)

About The Author

Related Posts

3 Responses

  1. Nur Heart

    Salam..ada tak resepi Biskut Ice Nestum…sedap betul..tapi tak dak resepi…please cari…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.