Bahan-bahan:

2 cawan jagung mentah dihiris
1 cawan tepung gandum
1 cawan udang hidup sederhana besar
1/2 cawan air sejuk
1 biji telur ayam dipukul sedikit
1 sudu teh baking power
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh ajinomoto
3 tangkai daun kari dihiris kasar
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya:

Masukkan tepung, baking powder, ajinomoto dan garam ke dalam mangkuk bancuhan. kacau hingga sebati. Masukkan telur, jagung, udang, jintan manis, daun kari dan air. Digaulkan sehingga adunan sebati dan seterusnya boleh dijemput dengan jari atau menggunakan sudu besar untuk menggorengnya.

-Peringatan bahan-bahan menggunakan cawan sukatan.

——– Petikan dari Buku Santapan Rohani dan Jasmani, Biro Wanita Surau Raudhah Al-Muttaqin, Seksyen 4, Shah Alam.

About The Author

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.